2013/01/04

posting Pertamaku di Tahun 2013

Konan mahu mengucapkan selamat tahun baru 2013. Sedar tidak sedar bulan december 2012 kemaren, genaplah 10 tahun aku menjadi Japanese Lover.  Sepanjang 10 tahun aku mengenal yang namanya Jepun, banyak pengalaman. Tidak kira yang manis dan ada juga yang buat Konan tertekan kerana bukan semua orang mengerti apa itu Japan dan Japan Lover..

Konan teringat dalam sekitar tahun 2002, sewaktu konan dalam tingkatan 1. Konan memasuki kelas di mana  setiap pelajar yang berlainan bangsa berkumpul. Dalam alam pertama Konan memasuki dunia baru, Konan berkenalan dengan seorang pelajar perempuan.(Pelajar itu boleh dikatakan teman rapat Konan yang bertanggungjawab memasuki Konan ke alam "J") Dia salah seorang Jlover yang jauh lebih lama mengenal anime, Jpop, jDorama atau apa saja. Jadi Konan merasa tertarik untuk mendalami istilah "J" yang sebelum ini sedikitpun Konan tidak tahu.

Konan ingat lagi anime pertama yang Konan tengok di TV yang buat Konan, adalah Shin Hakkenden, Rave Master, .. Di masa itu Konan tengok di Channel AXN(kerana ANIMAX belum ada lagi waktu itu). Meskipun AXN cuma menghidangkan beberapa siaran anime sahaja, Konan merasa puas dapat nonton Anime" (yang penting bertemakan JEpun,, semua sapu rata). Bukan itu saja, Terlalu obses anime dan Jepun,Konan sanggup merakam lagu Opening x Ending dengan kaset, asal dapat hafal lagu"nya lalu Konan nyanyikan dengan high volume(merekam guna cara Kuno, padahal cd" anime berlambak di pasaran... hahaha)

Pasti kalau seorang Jlover, bukan sahaja enjoy menonton animenya atau sukakan lagu"nya. tetapi, ada yang sanggup berjalan ke perpustakaan semata" mencari buku atau kamus bahasa Jepun. Mahu belajar bahsa Jepun.Di waktu konan sekolah dulu, sememangnya tiada istilah internet atau facebook atau apa saja yang sehubungan dengannya. Jadi untuk mendapatkan maklumat berkenaan bahasa Jepun, Konan akan berbagi sama kawan" konan siapa yang bisa menguasai bahasa Jepun dan Konan belajar melaluinya (tetapi anak" sekarang, tekan enter ja udah dapat apa yang dimau)

Bila Konan sudah menguasi segala apa yang berkaitan tentang Jepun,Konan merasa bangga dapat mengenal Jepun. Konan tidak malu akan beritahu kepada semua orang Konan lebih memilih Jepun berbanding Korea...Konan ingat di masa kegemilangan Konan tenggelam dalam "J" Konan serius tidak tahu apa itu Korea.. sungguh...!!! (kalau tak percaya.. ya udah)

Sewaktu Konan salam tingkatan 4 kira"tahun 2005, ini pengalaman yang Konan tidak lupakan(tapi sayang Konan sudah tidak sekelas dengan teman "J" Konan tu..)Pada mulanya, Konan merasa sunyi koz dalam kelas baru Konan, Konan fikir tiada wujudnya lagi istilah teman "J" seperti dalam form1-2-3 dulu.. Tapi.. ternyata,, tidak disedari seorang pelajar yang duduk di belakang Konan itu, senyap" aadalah seorang Jlover. Nah disitulah, Konan mengenali band Kontroversi di saat itu.... jeng!! jeng!! jeng!!(L'arc~en~ciel) XDD
Bertambah parah lagi, seorang siswa cowok yang duduk di sudut kiriku. ramai teman"ku bilang rupanya mirip hyde Laruku.. ahhh!!! aku yang pada waktu itu cinta gila dengan lelaki tu,, jadi malu kalau  dapat terserempak dengan si kembar hyde...^////^.. Yang lucunya, lelaki itu juga turut malu kalau terserempak dengan Konan.. sama" malu yah? >////<
(tapi dalam sekitar tahun 2009 tanggal 1 may lalu, dia sudah kembali ke rahmatullah kerana lemas)

Sejak Konan dalam tingkatan 4-5, Konan sudah mulai banyak mengetahui tentaang "J" sehingga bisa di panggil Senpai oleh anak" form 1-2-3....Sejak dari itu juga Konan sudah mulai melanggan Kreko... kreko.. sehingga Kini...... kreko is my life...
fuhh.. terlalu banyak pengalaman Konan sebagai Jlover... hehehe.. tapi ini cuma sebahagian kasar daripada cerita Konan.. koz dah malas taip banyak" perkataan lagi... (tapi sebagai Jlover forever.. tentu pengalaman mereka sedikit sebanyak ada persamaan dengan Konan)....
Ok lah... Konan mahu break dulu.. dengar lagu Alice Nine puas" smapai Pengsan... bye!!!!!!!!!!!


No comments:

Post a Comment